Awak Saya Yang Punya~Bab 5



Bab 5....


        Zuraifah yang sedang menjamu selera di Meals Stations itu tersentak apabila telefonnya menyanyikan lagu thousands years yang dinyanyikan oleh Cristina Perri penyanyi kesukaannya.Dia menerima panggilan daripada no.luar negara.Dia menekan punat hijau untuk bercakap dengan orang itu.

"Assalammualaikum,who is  on the line?"Zuraifah memulakan bicara.

"Waalaikummusalam dear.This is me,Nek Mun.Where are you now,dear? Am i
distrub you?"

"Oh..Nek Mun. I'm at the KLCC.Having lunch with my friends.How are you Nek Mun? When do you come back to Malaysia? Why are you calling me?"Zuraifah melepaskan keluhan.

"Erm...Sorry to distrub your meals,dear but Nek Wan want to tell you something.I'm fine,honey.Thanks for asking.Erm..Puasa ni Nek wan balik Malaysia dan Nek Wan nak kamu tidur dekat rumah ibu kamu.Nek wan.."

"No.I don't want.Thanks for the offer but i'm not interesthing.Kalau Nek Wan call ucu hanya sebab tu maaf,ucu nak tekan kan.Ucu tak berminat."Zuraifah menekankan perkatan 'minat' itu tanda dia tidak memang langsung tidak mahu kembali ke rumah itu.Setelah bertahun-tahun lamanya dia tidak menjejak kaki ke rumah itu,tiba-tiba hari ini harus dijejakkan semula.Gila apa?!!.

Aien dan kawan-kawannya yang lain menjongketkan kening sambil memasang telinga mendengar perbualan sahabatnya dengan neneknya.

"Ucu jangan keras kepala.Nek Mun tetap nak ucu balik.By hook or by crook.Kaki ucu tetap akan pijak rumah tu bila Nek Mun sampai Malaysia nanti.Sama ada dalam cara terpaksa atau rela.Nek Mun tak kira."

"Nek Mun,Ucu tak nak,tak nak la.Jangan paksa boleh tak? Ucu nak raya dekat rumah Nek Wan tahun ni."Zuraifah memberi neneknya alasan yang paling wajar baginya kerana dia tahu yang neneknya yang satu itu sayang betul dekat Nek Wan.

"Nek Wan tak raya dekat kampung tapi Nek wan raya dekat rumah ibu kamu.So,kamu jangan nak berdolak-dalih lagi.Faham?"Haisy.Nek Mun ni ada ja la cara dia.Asyik nak menang ja.Dengan cucu sendiri pun nak berkira.Hesy,sabar je la.

"Ergh! yela,yela.Tengok la dulu line clear ke kabur ke apa ke.Nanti Ucu bagitau dekat Nek Wan."

Hesy kamu ni Ucu Na..Asyik Nek Wan.Nek Wan,Nek Wan. Apa-apa ja Nek Wan.Nek Mun ni tak da nilai ke dekat kamu ha? Sikit-sikit Nek Wan.Banyak-banyak Nek Wan jugak.Setengah-tengah pun Nek Wan juga.Kamu ni cuba la....pot pet... pot.. pet..bla..bla..bla.."Itulah apa yang didengar ditelinga Zuraifah. Bebelan Nek Munnya dibalas dengan cebikkan.Kawan-kawan yang melihat dia membuat aksi begitu tersenyum nakal.Hai Zu,Zu kalau dah kena bebel tu,muka tu ja la yang keluar.desis hati kawan-kawan Zuraifah.

"Nek Mun woi.Dah-dah la tu membebel.Bukannya Ucu dengar pun.Masuk telinga kanan keluar telinga kiri juga Nek Mun.Macam masuk mulut keluar ikut punggung camtula lebih kurang.Jadi Nek Mun toksah la dok beri Ucu ceramah free tu,Ucu tak nak pun.Okla Nek Mun.ucu nak makan.Bye-bye darling.Love you.Muah!"Zuraifah mematikan talian apabila Nek Mun menjawab 'salam'nya.Dia kemudian tersengih apabila mata-mata sahabatnya membulat memandang kearahnya.

"Ha,elokla tu sebut benda bukan-bukan depan orang tengah makan.Haish Kau ni Zu,bila la nak berubah."Aien yang duduk berhadapan dengan Zuraifah itu mengelengkan kepalanya.Zuraifah hanya tersengih manakala sahabatnya lain menahan ketawa mereka daripada pecah.

"Eh,apanya.Aku baru je sebut punggung belum lagi sebut..."Zuraifah berjela seketika.

"Hesy!!Zu.Kita tengah makan ni.Kau jangan nak cemarkan otak kami dengan otak kau yang senget tu ya?"Marah Aien.

"Eh,Kau fikir apa Aien? Aku tak cakap apa-apa lagi? Kau fikir benda lain eh? Aku nak cakap yang aku belum sebut lagi taik..Eieie Aien tak semegahnya kau ni.Fikir simpang jauh betul." Sahabat Zuraifah dan Zuraifah sendiri bantai gelak apabila muka Aien sedikit merah.Aien mengetap giginya kuat.

"Ish.Tak habis-habis la kau ni Zu.Asyik nak usik aku je.Cuba la usik Mai ni ke."Aien mencuit Maisara yang duduk bersebelahan dengannya.Dia mencubit peha Maisara kuat apabila Maisara mengetawakannya dengan lebih kuat.

"Haha.Zu nak usik aku? Woah.Langkah mayat tok abah nyang aku aku dulu eh silap langkah mayat Puan Sri Datin Maisara Zakaria ni dulu baru boleh usik aku.Pantang tujuh keturunan aku,kalau aku diusik.Eh Aien,ni Maisara la wey.Siapa yang berani usik pengusik terhebat ni? Ce  angkat ketiak sikit? Aku nak tengok ketiak siapa yang paling basah?"Maisara berdiri sambil mendabik dadanya.Zuraifah dan sahabatnya lain sudah pun gelak terbahak-bahak.Arfah yang duduk bersebelahan sudah pun tergolek-golek dilantai.Air mata dan perutnya yang senak itu ditahan.

"Woah.melampoi kau Fah, sampai tergolek-golek atas lantai.Kau ni fah buat malu jela. Bangun cepat."Aien yang sedari tadi hanya tersenyum dengan lawak bodoh Maisara segera menegur Arfah agar duduk diatas kerusi semula apabila ada mata-mata yang mula memandang ke arah mereka.

"Ok,ok.Makanan aku berlambak lagi ni.Kita stop dulu aksi ketawa siapa yang paling cun.Aku lapar dan aku nak habiskan makanan aku."Zuraifah menghentikan ketawa mereka.Dia kemudian menyambung makan makanannya yang terbengkalai tadi.



         
          Mata Syazriel memandang tepat ke arah wanita itu.Wanita itu kelihatan comel sekali apabila ketawa atau mengusik teman-temannya.Bebelan Aiman dibiarkannya sepi.

"Woi Syaz! Kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni?"Marah Aiman lalu menumbuk bahu Syazriel kuat.Syazriel mengaduh sakit sambil mengosok lembut bahunya.

"Aku dengarla.Telinga aku ni tak pekak aku la,bhai.Ha,kau bebel pasal apa tadi?"Soalan Syazriel dijawab dengan jelingan maut dari Aiman.

"Haih.Kalau mata tu dah tengok anak dara orang sampai nak terkeluar biji mata tu,tak kanla telinga kau pun ikut sama?Telinga kau dah tercabut ke sebab dengar dia ketawa dan usik kawan-kawan dia?"Sindir Aiman kuat.Gulp.Macam mana kau tahu man aku usha anak dara orang?.Pertanyaan itu hanya bergema didalam hatinya.

"Please la man.Ikut suka hati akula usha awek mana.Kau jangan risau aku pun sayang kau jugak.Ololo.Cemburu dah sayang abang ni ya.Jangan risau ya sayang.Malam ni abang temankan sayang abang ni tidur ok?"Usik Syazriel sambil menahan tawanya.Apabila mata Aiman yang sepet itu membulat,ketawanya pecah.Dia ketawa terbahak-bahak sambil mengelak daripada ditumbuk oleh Aiman.

"Eh,sial kau.Bila masa aku cemburu? Eieie kau ni.Kang ada yang makan Sup kaki malam ni.Hesy! Sabar je la aku dengan kau ni Syaz."Marah Aiman lalu mengangkat kaki untuk pergi dari situ.Syazriel yang masih lagi ketawa itu ditinggalkannya sendirian.

"Eh Sayang tunggu la abang kejap."Jerit Syazriel lalu mengejar Aiman yang berjalan laju meninggalkannya itu.Apabila dia lalu dihadapan wanita itu.Dia mengenyitkan matanya sambil tersenyum nakal.



Zuraifah dan sahabatnya lain duduk diatas bangku sambil makan ais-cream yang dibeli oleh mereka di Baskin Robins tadi.

"Wey,raya ni kan,korang tema apa?"Maisara yang sememang sama gila dengan Zuraifah memulakan perbualan.

"Hmm...Aku rasa aku tema biru pink kut.Family lelaki biru.Perempuan pink.Ouch! I like.Mesti cun nanti."Jawab Arfah dengan nada yang sengaja digedikkan.Zuraifah yang sedari diam tersenyum nakal.Tiba-tiba idea jahat muncul dikepalanya.

"Oh perempuan tema pink eh?Pink tu colour macam mana? Pink lembut ke,pink terang ke....Ke pink oink oink?"Pertanyaan Zuraifah disambut dengan tawa Maisara dan Aien yang kuat manakala Arfah pula hanya membuat muka.

"hesy...Cakap dengan kau Zu kan,macam cakap dengan beruk kau tau? Beruk pun loya dia tak seburuk kau.Hisy.Sakit pulak hati kita.!"Sindiran Arfah menghangatkan lagi tawa mereka.

"Okla-okla.Aku joke je.Janganla marah Fah,nanti Adli lari.Sebab kau dah tak cun dah.Buat muka macam tu dah serupa bulldog kehilangan pakwe kau tau?"Muka Arfah yang sudah pun masam semakin makin.Dia kemudian mencubit lengan Zuraifah dengan kuat.Tawa Zuraifah mati apabila dia merasakan ada mata memandang kearahnya.Dia memandang sekeliling dan apabila matanya bertembung dengan lelaki itu dia mendengus perlahan.

"Eh Zu,awat hang diam?"Pertanyaan Maisara menyentak hati Zuraifah.teman-temannya lain diam dan memerhatinya dengan penuh tanda tanya.

"Nothingsla.Aku diam la sebab Arfah ni ha dah jadi ketam tak bertauliah kat sini.Kesian Adli sebab dapat girlfriend yang serupa ketam ni."Maisara dan Aien ketawa perlahan manakala Arfah menhentakkan kakinya tanda protes.Zuraifah tergelak dengan aksi comel Arfah yang macam budak-budak itu tetapi tawanya terus mati apabila lelaki tadi kenyit mata depannya.

"Eh? Zu!!Bukan ke tu Syazriel!! Mamat yang kenyit mata dekat kau tadi tu Syazriel kan? Oh Mak Nyah.Korang dah berbaik ke?!"tanya Maisara kuat.Zuraifah hanya mendengus lalu menyambung makan ais-creamnya.Soalan Maisara dibiarkan sepi.




         "Zu,kalau esok aku nak ajak kau gi satu tempat,kau nak follow tak?"Pertanyaan Aien dibiarkan sepi.Zuraifah  yang sedang menonton berita itu memerhatikan Aien yang sedang berdiri disebelahnya sambil memegang satu teddy bear yang boleh tahan besar.

"hmm..Tengokla dulu nanti aku retweet kau."Aien ketawa perlahan.Dia merenung Zuraifah yang sedang memerhatikan dirinya.

"Zu...Aku tak buat lawak bodohla.Please,ikut?"

"Kalau aku tak nak?"Fuh...Suara Zuraifah bagaikan mencabar dirinya.Aien memeluk teddy bearnya dengan lebih erat.Dia mengecilkan matanya.

"I will cut your dolly into every pieces.Jangan cabar aku Zuraifah."Suara Aien kedengaran cukup tegas ditelinga Zuraifah.Zuraifah senyum senget.Dia kemudian berdiri menghadap Aien.

"Aien aku penat.Kita bincang esok ok?"Zuraifah berlalu meninggalkan Aien yang sedang terkebil-kebil memandang ke arahnya.




Spash!....
Zuraifah hanya tersenyum sinis.Dia mengeluarkan sapu tangannya dari beg berjenama Gucci.Dia kemudian mengelap kepalanya yang sudah basah akibat disimbah dengan air yang sejuk.

"Heh!Sial kau tak guna!Berapa kali aku nak cakap dekat kau ha?Berhenti goda suami aku! Kau fikir kau siapa? Kau fikir kau hebat sangat? Mak bapak kau tak..."Wanita yang menengking Zuraifah itu terus terdiam apabila Zuraifah memusingkan badannya.

"Maaf..Saya kenal suami makcik ke?Rasanya muka saya pun macam tak pernah nampak kan?"Zuraifah menghampiri perempuan itu.Dia...

Pang!!....

"Who do you think you are? Don't judge me,if you don't know every little things on me.Kau pernah jumpa aku? Pernah? Tak kan? So..Sebelum nak menuduh atau  menyerang orang.Tengok keadaan sekeliling dulu!!!"Zuraifah meninggikan suaranya.Wanita itu terpana.Tamparan dipipi kirinya masih lagi terasa.

"Ya Allah.Aunty Marlia!!!"Jeritan lelaki itu menyebabkan kedua-dua wanita itu menoleh.Zuraifah tersentak tetapi dia pantas mengawal riak mukanya.Lelaki menjerit tadi segera memeluk Datin Marlia.Datin Marlia hanya terdiam.lelaki itu menjeling Zuraifah dengan jelingan yang maha tajam.

"Kau fikir kau siapa nak tampar makcik aku?" Soal lelaki itu keras.Zuraifah hanya mengeluh.

"Dan kau fikir kau siapa nak tanya aku siapa?"Balas Zuraifah juga sama keras.Besar kecil,besar kecil Zuraifah memandang lelaki dihadapannya.

"Kau fikir kau siapa nak tanya aku siapa sebab aku tanya kau siapa?"

"Heh!Kau fikir kau siapa nak tanya aku siapa sebab aku tanya kau siapa untuk tanya aku ni siapa?"

"Eh! Betina ni! Hey ketot! Cakap dengan kau ni,macam cakap dengan beruk yang baru masuk tadika kau tau?Cakap serupa keling kena kawin dengan orang cina!!"Mata Zuraifah membulat.Dia bercekak pinggang.Datin Marlia mengeluh perlahan.haish..Bergaduh la kejap lagi.Keluh Datin Marlia perlahan.Dia yang dari tadi berada dalam pelukan anak buahnya itu segera melonggarkan pelukan lalu meninggalkan anak buahnya yang sedang bergaduh dengan perempuan yang baru sahaja dia cari pasal.

"Eh!Jantan ni! Hey galah cacat!Kalau kau ni tak menyakitkan hati tak boleh ke ha?Bila jumpa aku ada je la benda kau nak gaduhkan.Tak sakit tekak ke bergaduh?"

"Heh,ketot! Kau yang suka cari gaduh dulu kan?"

"Bila masa pulak aku cari gaduh dengan kau?Kau tu yang suka cari gaduh dengan aku.Eieie!! Mulut macam longkang pecah!"

Oh,kau tak cari gaduh?Habis yang pergi tampar makcik aku tu kenapa?!! Tak cari pasal ke namanya tu?Sesedap tangan ayam goreng salut madu kau nak dia.!!At least,mulut aku je yang macam longkang daripada kau? Perangai busuk!!! Lebih busuk dari bangkai!!Dah la tak reti nak hormat orang tua."Badan Zuraifah sudah mengeletar menahan amarah yang maha hebat.Lelaki dihadapannya ini mahu mampus dikerjakan!Mulut lancang betul!

"Hey Syazriel!!!Siapa suruh makcik kau cari gaduh dengan aku? Anak buah dengan mak sepupu sama je! Perangai macam setan!!"

"Kau jangan hina kiteorang la Zuraifah sedangkan kau tu lebih hina dari segalanya!! Dahla perempuan jalang lepas tu kau bunuh abang...."

Pang!!
Syazriel terpana.Itu kali pertama Zuraifah menyentuhnya.Kemarahan yang semakin mendidih hilang serta merta apabila matanya terpandang kolam mata Zuraifah penuh dengan air.Dia berasa bersalah.Ahh bukan salah kau Syaz,rileksla.Sapa suruh dia hina kau.Desis suatu suara.

"Aku benci kau."Ujar Zuraifah sebelum berlalu dari situ.Ya Allah Kenapa ramai sangat orang yang benci aku? Hina sangat ke aku ni?.Soalan itu hanya bergema didalam hatinya.Air mata yang ditahan-tahannya akhirnya jatuh.


~Bersambung :D..hehe sorry kalau bab ni bengong2 siket..Harap awak-awak yang baca ni sudi komen ye? terima kasih.

Awak saya yang punya ~ bab 4

Bab 4...

Lima tahun yang lalu....


        "Keluar kau dari sini betina tak guna!! Aku tak nak kumpul anak haram dan pembunuh dalam rumah ni. Kau balik blah sebelum aku yang bunuh kau pulak."Tengkingan Datin Subaida memeranjatkan semua penghuni di rumah banglo tiga tingkat itu.Zuraifah hanya diam.Dia tidak terkejut dengan tengkingan ibunya itu kerana dia sudah lali.Kebahagiannya sudah pun mati bersama arwah abang yang telah dibunuh tujuh tahun yang lalu akibat kecuaiannya.Ibunya telah menderanya.Setiap hari dia akan dipukul,dicaci,dimaki dan dijadikan tempat melepaskan amarah.Ahli keluarganya yang lain juga tidak menghiraukannya.Semua melakukannya seolah-olah dia itu orang asing.Air matanya sudah kering.Baginya sinar kebahagiannya sudah mati terkubur bersama arwah abang Zarish.

Datin Subaida mendaki tangga dengan kasar. Pintu kamar anak perempuannya yang  ketiga itu ditolak dengan kasar.Dia Menjeling ke arah Zuraifah yang hanya memandang kearahnya dengan pandangan yang kosong.Datin Subaida menghampiri Zuraifah lalu dia menarik kuat rambut anaknya itu.Zuraifah pula hanya diam.Dia tidak menangis,meraung atau meminta agar dilepaskan kerana dia tau,ibunya tak akan melepaskan dia dengan mudah.

"Kau pergi kemas baju kau dan berambus dari sini.! Aku tak nak tengok muka kau dekat sini lagi!! Kalau aku nampak kaki kau pijak walau sekuman pun rumah aku,aku akan pastikan yang kau dibakar.!! Kau faham tak?"Zuraifah hanya mengangguk.Datin Subaida mengheretnya menuju ke bilik pakaiannya.Pintu itu dibuka lalu dia ditolak masuk dengan kasar.

"Kau ambil semua pakaian dan barang-barang kau.Aku nak kau berambus hari ni jugak!!"Zuraifah patuh dengan arahan ibunya.Datin Subaida berlalu dari situ.Zuraifah mengambil beg pakaiannya lalu disumbatkan semua pakaian dan barang-barangnya.Setelah kerjanya selesai,dia menghampiri katilnya lalu dia membongkok untuk mengambil sesuatu yang berada dibawah katilnya.

Gambar dia dan arwah Zarish ketika dia masih lagi berumur enam tahun.abangnya itu mendukungnya manakala dia hanya tergelak manja.Gamba itu dilekapkan didada seolah-olah dia memeluk arwah abangnya sendiri.Air mata jatuh perlahan-lahan.Setelah enam tahun air matanya kering dan hari ini barulah ialah basah kembali.

"Abang...adik nak abang balik...Ya Allah pulangkanla abangku kembali Ya Allah.Aku tak kuat.Aku tak mampu menghadapi ujian ini Ya Allah..Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah.Ya Allah Kau berikanlah aku sedikit kekuatan Ya Allah."Zuraifah mengongoi seperti budak kecil sambil memeluk erat gambar itu.

"Bangun dik.Jangan mengalah.."Zuraifah bagaikan terdengar suara abangnya memberi dia kekuatan.Dia berdiri lalu mundar-mandir mencari dari datangnya suara itu.Zuraifah menjerit-jerit memanggil nama abangnya.Tiba-tiba dia jatuh terjelopok.Dengan perlahan-lahan dia merebahkan kepalanya ke lantai.Air matanya jatuh untuk kesekian kali.


        "Kau fikir apa woi?Sampai menangis-nangis ni?"Pertanyaan Aien memecahkan lamunan Zuraifah.Zuraifah yang sedang baring sambil merenung siling biliknya itu bangun lalu duduk.Zuraifah memerhati Aien yang sedang menghampirinya dengan gerakkan yang perlahan.Muka Aien yang kelat itu dipandang kosong.Ni mesti kes pasal Dina.Keluh Zuraifah dalam hatinya.

"Apa lagi yang kau nak Aien?"Tanya Zuraifah kasar.Aien menjeling Zuraifah sekilas.Dia kemudian melabuhkan punggung di tepi Zuraifah.

"Aku nak kau pergi minta maaf dekat Dina sekarang juga.Jangan hanya sebab benda kecik tu pun kau nak boikot dia sekali."

"Maaf.Aku tak berminat.Kalau kau asyik datang jumpa aku hanya sebab nak cakap pasal Dina then lepas tu kita bergaduh,aku tak berminat.Baik kau blah sebelum aku naik angin."

"Zuraifah,tak pernah ke ada secubis kasih sayang untuk adik kau?Kau tak sayang ke kat adik kau?Dia dah berusaha macam-macam untuk buat kau pandang dia sebagai seorang adik....Bukan orang luar!!!" Suara Aien makin meninggi.Air mata yang ingin tumpah ditahannya dari tadi.Kecewa sungguh dengan sahabatnya yang satu ini.Keras kepala,ego,pentingkan diri!!

"Adik aku? Siapa?Aku mana ada adik.Kau salah orang la Aien.Keluarga aku dah lama Mam...."

Pang!...Satu tamparan hinggap dipipi kanan Zuraifah.Zuraifah hanya tersenyum sinis.Darah yang mengalir dari bibirnya dikesat dengan belakang tangannya.Dia memandang Aien yang sedang berdiri itu dengan pandangan yang kosong.

"Keluarga kau tak mampu lagi bodoh! Kau tu ada abang,ada kakak,dan adik.Masih lagi ada.Jangan ikut sesedap mulut cibai kau nak cakap keluarga kau dah arwah.Lagi sekali aku dengar,mahu aku bakar lidah kau tu."Kemarahan Aien disambut dengan ketawa kecil Zuraifah.Aien hanya memandang Zuraifah dengan pandangan yang kecewa,marah,terluka dan putus asa.Dia tidak larat lagi.Zuraifah benar-benar dah berubah.Zuraifah yang dulu sudah tiada lagi.Didepannya kini hanyalah Zuraifah yang baru.Ya,yang baru.

"Dah habis?Dah tak nak tampar aku lagi ke?Aien aku sayang kau sebagai kawan aku.Tapi maaf.Aku bukanla budak atau kuli macai sial kau.Aku Zuraifah.Aku manusia.Aku ego? Aku selfish? Aku keras kepala?Cuba kau tanya diri kau,siapa yang menyebabkan aku jadi macam ni?.."Zuraifah ketawa sinis.Dia menjeling Aien dengan jelingan mautnya.Dia kemudian berdiri sebelum menyudahkan kata-katanya."Keluarga aku la cibai!! Keluarga aku!! Kau fikir aku mintak? Kau fikir aku mintak untuk jadi macam ni?!! Kau fikir aku minta ke babi?hati aku merana,tertekan.Aku meraung,menangis.Aku meminta sedikit simpati dan kemaafan ketika aku didera dulu.Ada diaorang dengar?Ada diaorang peduli? Ada? Ada diaorang fikir apa yang aku rasa bila aku dilayan lebih hina dari anjing kurap? Ada? Aku tanya ni Aien Ada ke?!!"Tengkingan Zuraifah bergema dirumah teres itu.Aien menekup mulutnya sebelum jatuh terjelopok.Dia menangis kerana kasihan terhadap nasib sahabatnya.

Dina yang sedang makan itu tersentak.Kecut perutnya apabila terdengar tengkingan kakaknya.Dia kemudian berlari mendaki tangga untuk melihat apa yang terjadi.

"Aku dibesarkan dan digelar pembunuh Aien.Pembunuh!!Kau bayangkanlah masa aku berumur lapan tahun lagi gelaran tu dihadiahkan untuk aku dan sampai sekarang diaorang masih lagi gelar aku dengan gelaran tu Aien.Pernah diaorang fikir apa aku rasa? Aku dipukul ketika aku berumur sepuluh tahun.Aku diterajang,didera,dipukul,disepak,dimaki,dihamun ketika aku masih lagi mentah.Ada diaorang fikir apa aku rasa? Ada?Rambut aku ni ditarik-tariknya sampai diaorang puas.Aku meraung-raung minta dilepaskan,Aien.Diaorang buat bodoh ja malah diaorang tarik lagi kuat la bai!Sakit kau tau tak?!! Sakit! Aku rasa macam nak pecah ke kepala aku.Pernah sekali tu kan Aien,aku baru je balik dari sekolah,time tu hujan lebat gila kut.Guruh berbunyi sana sini.Berdentum-dentam sana sini.Pergh,takut gila kut aku time tu.Bila aku nak bukak pintu pagar kan.Tak boleh.Aku pun tekan la loceng rumah sebab nak suruh diaorang bukakkan pintu pagar.Tapi diaorang buat bodoh je.Aku dah melalak kat depan tu sebab tak tahan sejuk,diaorang boleh lagi buat bodoh.Haha.Kesian aku time tu kan?Hahahahahaha.."Zuraifah gelak sambil mengesat air matanya.

"Esoknya tu,aku demam panas.Tak ada orang pun jaga aku,aku yang jaga diri sendiri even bibik aku nak hantar ubat pun aunty Bie tak kasi.Ketika aku susah,sedih,senang atau gembira yang setia disisi aku itu hanyala abang farish.Dia satu-satunya keluarga aku.Bukan orang lain.Aku tak akan pernah terima sesiapapun melainkan dia.Jadi tolongla Aien,aku merayu sangat-sangat pada kau.Berhenti berharap agar hubungan aku sekeluarga kembali pulih.Aku tak mampu Aien,aku tak mampu.Aku yang dulu dah mati.Tolong terima kenyataan tu Aien."Ujar Zuraifah sebelum jatuh terjelopok sama dengan Dina yang dari tadi memasang telinga.Dia menangis ditepi pintu itu sambil memerhatikan mereka berdua.Aien menghampiri Zuraifah lalu memeluk erat sahabatnya itu.Zuraifah tidak membalas pelukan sahabatnya,dia hanya menangis dalam diam.Kepalanya berdenyut-denyut.Dia kemudian Mengusap belakang Aien untuk meredakan esakan Aien yang makin lama makin kuat.

Setelah tangisan Aien reda,dia kemudian menyuruh Aien tidur diatas katilnya.Dina yang dari tadi menangis itu tersentak apabila badannya tiba-tiba sahaja diangkat oleh Zuraifah.Dia kemudian diletakkan diatas katil bersebelahan dengan Aien.Air matanya dikesat lembut oleh Zuraifah.Zuraifah mengelus lembut pipinya sehingga dia terlena.Walaupun kakaknya tidak boleh menerima dia sepenuhnya,dia tetap bersyukur kerana kakaknya sangat mengambil berat tentang dirinya.Baginya itu sudah memadai.



~Bersambung.. Tara!.. bab ni memang x gempak en? :3 tau.. sorry eh, nanti anis try buat bab 5 best siket. Yeah!!*semangat tiba-tiba datang :3.

Awak Saya Yang Punya ~Bab 3

Bab 3..

        Syazriel merenung teman buah hatinya dengan renungan yang tajam.Sakit hatinya apabila cintanya dipermainkan.Ternyata kesetiaannya telah dibalas dengan kecurangan.Madu yang diberinya telah dibalas dengan racun.Dulu,ketika ramai sahabatnya putus cinta,dia lah yang mentertawakan mereka.Kini,baru dia tahu sakitkannya putus cinta.Seandainya beginilah rasanya,dia lebih rela membujang sampai ke tua daripada merasa kesakitan cinta ni.

"Dear,tak malu ke cium lelaki depan boyfriend you?Hmm?"Tanya Syazriel dalam suara yang mendatar.Syima  yang tidak sedar akan kehadiran boyfriendnya itu,tersentak.Terpegun dia seketika.Wajahnya menjadi pucat.Kalau toreh pun,mesti darah dah tak keluar.

"Er..Hai sayang..You buat apa dekat sini?"Tanya Syima dalam nada yang ketakutan.Syazriel tersenyum sinis.

"I? I tengah buat apa? Kat sini? Oh,I tengah tengok buah hati I bercium dengan seseorang,Tudung entah kemana,Baju pulak macam minah miskin yang tak cukup kain.Any question?"Sindiran Syazriel tajam menusuk jantungnya.Bibirnya terketar-ketar bagaikan orang yang akan menjalan hukuman mati.Renungan tajam Syazriel itu menakutkan baginya.Walaupun nada Syazriel itu perlahan,dia tahu yang kemarahan buah hatinya itu akan meletus bila-bila masa sahaja.Mamat yang berada ditepinya itu hanya diam.

"Er..You..You...You marah ke?" Soalan bodoh yang keluar dari mulut Syima itu menaikkan lagu suhu kemarahannya.Muka yang memang sudah berwarna merah tanda dia menahan amarahnya itu bertukar lagi merah.Giginya diketap kuat.Ikutkan hati,ingin sahaja dia menghadiahkan wanita dihadapannya ini penampar sulung.Sakit hati tahu tak!!

"Marah?You boleh lagi tanya I, I marah ke tak?!! What the hell on earh are you thinking?Kalau you,I bercakap dengan adik perempuan I pun you dah maki-maki I.Inikan pula you!! Kau bercium entah dengan mamat mana.Lepas tu kau tanya aku,aku marah ke tak?Otak kau,kau letak dekat lutut ke dekat kaki?Apa bodoh sangat kau ni?Sakit hati ni...."Syazriel mengangkat tangannya lalu diletakkan didada kirinya."Sakit Syima.Kau perempuan yang mak aku sayang sangat.Kau perempuan yang aku percaya dan cinta sangat.Kenapa kau buat aku macam ni? Apa kau fikir aku ni tak da perasaan? Mana tudung labuh kau Syima? Mana pergi seorang perempuan yang pemalu dan terlalu jaga maruah dia tu? Mana,Syima.Mana!!!
Nasib baikla pertunangan kita tu tahun depan.Bolehlah aku batalkan awal-awal.Semoga kau bahagia dengan 'hidup' baru kau.Syima.Thanks a lot."Ujar Syazriel dalam nada yang penuh kekecewaan.Dia kemudian berlalu dari situ meninggalkan perempuan yang telah melukakan hatinya.Dia segera ke parking lot.Kereta Ferrari Spider dimasukinya.Setelah enjin berbunyi,dia membawa diri ke satu tempat.



          "Asal kau menangis?"Tanya Zuraifah lalu duduk berjauhan sedikit dari Syazriel.Dia membuka air tin teh bunga itu lalu dihulurkan kepada Syazriel yang sedang termenung panjang.Sudah tiga kali dia melihat lelaki ini menangis.Apabila hulurannya tidak disambut, dia meletakkan sahaja tin itu dihadapan lelaki itu.

"Sakitkan bila kita percaya orang tu,tapi orang tu mainkan kepercayaan kita?"Tanya Syazriel lebih kepada dirinya sendiri.Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja mengalir.Biarlah kesakitan yang dirasainya ini pergi bersama air matanya.Biarlah air matanya ini adalah air mata pertama dan terakhir dia menangis kerana sakitnya cinta.Zuraifah yang berada disebelahnya dibiarkan sepi.Mungkin orang akan berfikir bahawa dia ini lemah tetapi kenyataannya kerana dia terlalu cintalah dia terlalu kecewa.Benarlah kata orang 'Kalau bercinta jangan 'terlalu' cinta kerana bila cinta itu mempermainkan kita,kita akan merasa 'terlalu' kecewa.'

"Oh,orang putus cinta rupanya."Teka Zuraifah perlahan.Sapu tangan yang berada dipoket seluarnya ditarik keluar.Dia kemudian mendekati Syazriel lalu dengan perlahan-lahan dia mengesat air mata itu.Ya,tindakannya itu boleh dikatakan terlalu berani tetapi dia tidak sanggup untuk melihat air mata itu jatuh kerana seorang perempuan.Hatinya berasa sakit dan pedih sekali.

Syazriel yang tidak menjangka akan tindakan Zuraifah itu terkejut.Dia terpegun seketika.Tangan kecil yang sedang mengelap air matanya itu mendebarkan hatinya walaupun berlapik.Dia hanya diam dan membiarkan Zuraifah mengelap air matanya.

"Okay.Done!.Stop crying,big boy.Drink your water okay?"Pujuk Zuraifah lalu menghulurkan tin tersebut kepada Syazriel.Hulurannya dibiarkan sepi.Zuraifah mendengus.Hesy,degil mamat ni sorang.

"Syazriel,kau tau tak,air teh bunga ni boleh sejuk badan yang tengah panas.Mungkin kalau kau minum air ni,hati kau yang tengah mengelegak pun akan sejuk."Pujuk Zuraifah.Hulurannya disambut oleh Syazriel.Syazriel meneguk air itu dengan rakus sekali.Setelah habis diteguk,dia mengemikkan tin itu lalu dibaling ke hadapan.Zuraifah hanya berdiam dan berjongket bahu.

"Perempuan memang macam ni eh?"

"Apa maksud kau?"

"Tak pernah cukup dengan sorang laki nak lagisatu."Zuraifah terpegun seketika dengan ayat pedas Syazriel.Dia menarik nafasnya lalu dihembuskan perlahan.

"Tak."

"Habis kenapa dia mainkan aku?"

"Dah sebab kau bodoh la."Syazriel tersentak seketika.Dia memandang Zuraifah yang sedang menayang muka selamba badaknya.Kecil besar ja perempuan ni aku tengok.

"Asal aku bodoh pulak?"

"Aku dah bagitahu kau awal-awal dulu yang minah tonggek tu buat kau jadi macai dia ja.Kau tak nak percaya.Dengar sangat cakap minah tonggek tu.Ha,sekarang terima la padah kau."

"Minah tonggek? Syima bukan minah tonggek dia ada nama.Nama dia..."

"Syima Hazwani Sulaiman a.k.a minah sakai.Dah, tau." Potong  Zuraifah laju.Syazriel mengetap giginya.

"Kenapa kau benci sangat dekat Syima tu?Dia ganggu hidup kau ke?"

"Memang.Memang dia ganggu hidup aku."

"Dia ganggu kau apa?"

"Dia fitnah aku dekat kau."

"Yang pasal...Kau berak dalam seluar tu ke?Pfttt...."Syazriel menekap mulutnya.Zuraifah menumbuk bahu Syazriel kuat.Dia menjeling Syariel sekilas.

"Diam la kau." Marah Zuraifah lalu menumbuk bahu Syazriel kuat/Syazriel mengaduh sakit.

"Woi.Sakitlah."

"Kesah?"

"Nak kena kau ni pendek!!!" Jeritan Syazriel mengejutkan Zuraifah.Zuraifah yang sedang terpinga-pinga itu segera berdiri dan bersiap sedia berlari apabila dia melihat yang Syazriel bagaikan mahu menerkamnya.



~Bersambung :D. Sorry klau tak best,eh thnks follow.terharu sgt2 T-T. Don't forget to leave your comment okay? LOve you :*

Awak Saya Yang Punya~Bab 2



Bab 2...

          Zuraifah memandang Datin Subaida dengan pandangan yang jelik.Harap ja orang kaya,tapi pakai baju macam tak cukup."Kau nak apa?"Tanya Zuraidah dalam nada yang mendatar.

"Whoa.I'm impressed.Kau dah makin kurang ajar erk,sekarang?Betulla tekaan aku,lepas je kau bunuh orang,kerja kau hanyala berkurang ajar dan membawa sial dekat orang sekeliling kau.Kesian Aien.Tak pasal-pasal terkena sial kau.Tapi.."Datin Subaida membuka spek mata jenama Guessnya lalu digantungkan di kolar bajunya.Dia kemudian tersenyum sinis.

"Kesian lagi dekat anak aku sebab terpaksa tinggal sebumbung dengan pembunuh macam kau.!Kalaula dulu kau tak keluar dari rumah tu,mesti anak aku tak perlu ikut sama.Nasib baikla anak aku masih hidup lagi buat masa ni,aku cuma takut kalau nanti anak aku tu pulak kau bunuh."

"Eh?Bunuh anak kau?Buat apa?Buat kotor tangan aku je la weh.Daripada aku bunuh budak kecik tu lebih baik aku bunuh mulut kau yang macam jamban penuh taik tu.Ada faedah jugak."Balas Zuraifah sambil tersenyum sinis.Wanita dihadapannya ini adalah ibu kandungnya.Ya,wanita yang telah menghukumnya tanpa belas kasihan.Wanita inilah yang memanggilnya pembunuh bebelas tahun lamanya.Jiwanya terseksa.Wanita inilah yang acap kali menamparnya walaupun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.Wanita inilah yang menghalaunya ketika dia berusia enam belas tahun.Wanita inilah yang menyebabkan dia jadi begini.Ya,Ibunya!.Ibu yang dihormati selama ini.Sudah penat dia merayu tetapi ibunya melayan dia seolah-olah dia lebih hina dari pelacur.Hancur luluh hatinya.Sejak dari itu,dia belajar menerima hakikat bahawa keluarga dan kebahagiannya mati ketika arwah abangnya meninggal dunia.

"Mulut kau!Kalau aku cili baru kau tau dan sedar kot yang kau tengah bercakap dengan siapa.Kau tau.."

"Yeah.Aku tengah bercakap dengan seorang ibu yang tak mengaku aku anak dia.Aku tengah bercakap dengan seorang perempuan yang dah pun tersasar jauh."Potong Zuraifah laju.

"Kau tau tak Zuraifah?Aku menyesal lahirkan kau dekat dunia ni!Aku menyesal.Aku tak akan pernah maafkan segala dosa kau.Aku benci kau!Kau anak yang tak guna!."Jerit Datin Subaida sebelum berlalu dari situ.Lutut Zuraifah terasa longgar.Dengan perlahan-lahan dia jatuh terjelopok dekat situ.Empangan mata yang ditahan-tahannya tadi pecah.Luluh sungguh hatinya.Dia tidak berniat untuk bersikap kurang ajar tetapi perangai ibunya yang memaksa dia menjadi sebegitu."Ma,adakah sebuah kemaafan perlu digantikan dengan nyawa baru mama akan sedar dan maafkan Husna?"Desis Zuraifah perlahan lalu menangis sepuas-puasnya.Awan yang mendung menandakan hujan akan turun sekejap tadi,tidak dipedulikannya.Akhirnya Zuraifah menangis ditemani hujan yang makin lama makin lebat.


"Kau marah lagi ke dekat aku Zu?Aku minta maaf sangat-sangat.Aku tak berniat nak.." Tiba-tiba pintu yang diketuk Aien terbuka.Zuraifah berjalan melepasi Aien seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.Aien mengeluh.Ketika dia ingin menutup pintu bilik sahabatnya,dia terpandang sebuah nota yang ditampal dipintu itu.


Tak perlula nak ketuk pintu bilik aku kuat-kuat.Mau roboh bilik aku ni.It's okay.Aku tak amik hati pun.Chill okay.


Aien tersenyum manis.Dia kemudian terus berlari turun bawah lalu memeluk Zuraifah yang ketika itu sedang lalu dihadapannya."Thank you so munch Zuraifah.I love you so bad."Kata Aien lalu mencium pipi sahabatnya itu.Pelukan diperkemaskan.

"Let me go,Aien.I'm not lesbian okay?"Marah Zuraifah sambil menolak tangan sahabatnya yang sedang memeluk pinggangnya."Tak nak.Aku tak puas cium kau lagi ni."Ujar Aien lalu mencium pipi gebu sahabatnya itu.Zuraifah yang sudah merasa rimas itu menolak Aien kuat sehingga Aien terdorong ke belakang.Aien ketawa apabila Zuraifah berlari naik ke atas dengan wajah yang cemberut.



       Zuraifah membulatkan matanya.Spek mata yang tersangkut comel dihidungnya itu diturunkan sedikit."Long time no see,sister!"Jerit lelaki itu lalu berlari memeluk Zuraifah yang masih lagi dalam keadaan terpegun.

"whoa.Stop it Zarif.What Are you doing here?Where's Aunty Bie?Where's Zina?Where's everybody?"Tanya Zuraifah bertubi-tubi sambil menjenguk kepalanya memandang ke arah sekeliling.Pelukan Zarif dibiar sepi.Zarif mengeluh perlahan.


"Why?"Zarif menjongketkan sedikit kening kirinya.Zuraifah menayang muka blur sedangkan dia tau kenapa abangnya menanya dia soalan itu.


"Stop making that face.Kenapa panggil mama aunty?Siapa suruh?hmm?"Tanya Zarif lalu meleraikan pelukannya.Pinggang adiknya ditarik rapat ke badannya.Pipi gebu adiknya dielus perlahan.


"None of your bisness,brother.Let go of me."Arah Zuraifah mendatar.


"I'm still your older brother,Husna.Answer my question then i will let you go."


"I don't want to."


"Kenapa jauhkan diri dari kami?"


"Saja."


"Tolong serius,Husna."


"I'm serius."


"Kenapa panggil mama aunty?"


"Aunty Bie yang suruh."


"Berhenti menipu,Husna."


"I'm not."


"Jangan burukkan mama lepas apa yang dah terjadi,Husna."


"I'm not."


"Kenapa bunuh abang Zarish?"


"I'm not."


"Kenapa menipu?"


 "Kenapa abang tanya soalan bodoh?"       

"Kenapa tanya abang soalan macam tu?"

"Kenapa abang sama bodoh dengan mama?"

"Husna.Jangan kurang ajar."Ujar Zarif sambil menahan amarahnya.Adiknya yang satu ini amat keras kepala,sombong dan pentingkan diri.Malah kuat melawan.Sudah penat dia bercakap baik-baik dengan adiknya satu.Ikutkan hati mahu dia menghadiahkan adiknya itu penampar sulung.Mulut bisa ya amat.!

"I'm not.I'm not.I'm not!!!. Yang kurang ajar tu mama!!.Yang bodoh tu abang.!!Yang tak guna tu Kak Zina.Yang banggang tu abang Zhaif.!! Yang sial tu Zaina.Yang jadi mangsa keadaan tu Husna!! Yang benggong tu papa dan yang paling bahlol sekali ialah korang semua!!.Korang hukum Husna tanpa tahu asal cerita.Walaupun memang Husna cuai time tu,tapi Husna tak pernah minta semua tu berlaku!!Kenapa korang ni..."

Pang...

"Jangan kurang ajar Siti Noor Zuraifah Husnaini.!!! Kau siapa nak menghina kami semua?Kau siapa? Kau tu lebih hina dari pelacur kau tau? Dah bunuh orang,lepas tu sanggup jual tubuh sebab nak duit.Memang patut pun papa dan mama halau kau.Kau ni anak tak guna.Hanya tahu conteng arang dekat muka orang tua ja.Buat apa pakai tudung kalau perangai tu jauh lebih hina dari pelacur?ha!!" Tengking Zarif kepada adiknya yang sudah pun jatuh terjelopok akibat tamparannya yang kuat.Mata-mata yang memerhati itu diabaikan.Baginya,Adiknya itu harus diajar.

Zuraifah mengesat cecair yang mengalir dibibir mungilnya.Kesakitan yang dirasainya dibiarkan.Air mata yang sudah pun jatuh berjurai-jurai dikesatnya dengan kasar.Kepala yang berasa sedikit berpinar itu dibiarkan.Dia cuba untuk bangun.

"Kau siapa nak tuduh aku macam-macam?Kau siapa?Aku hanya ada seorang keluarga iaitu Muhammad Zarish Idham Amin a.k.a abang Farish.Dia seorang ja yang boleh hina dan hukum aku.Kau!!Kau siapa? Kau fikir kau bagus sangat? Perangai macam bangsat sial minta kaki lagi ada hati nak hina aku.Walaupun tangan aku ni pernah membunuh,tapi aku tak la sehina mak kau!Perempuan murah yang sanggup lukakan hati suaminya hanya semata-mata nak duit.Sehina aku pun,Aku tak pernah tampar budak perempuan la wey! Eh,kau nak tengok tak orang giler perasaan perfect tu rupa dia macam mana?Kau pergi amik cermin then tengok.Ha,macam tu la rupa dia."Balas Zuraifah berani.Dia mendongakkan kepalanya untuk membalas jelingan tajam abangnya.

"Kau..."Tangan Zarif dipegang oleh seseorang."Bro,kau nak jadi dayus ke?"Tanya orang itu dalam nada yang sinis.Zuraifah menayangkan muka jelek.

Zarif merentap tangan lelaki itu."Blah kau dari sini Riel.Tak payah nak berlagak Hero depan adik aku."Syazriel hanya tersenyum sinis.

"Bukan nak berlagak Hero la Syam,aku cuma tak nak kau masuk balai sebab belasah budak kecik ni je."Syazriel  menyembunyikan senyumannya apabila mata Zuraifah menjeling tajam ke arahnya.Mata bundar itu membulat.Comel.

"Hey!!Siapa budak kecik ha?Aku tak minta pertolongan kau pun la."Marah Zuraifah.Ekor matanya memerhati Zarif yang berlalu meninggalkannya dengan Syazriel.

"Eh.Orang dah tolong dia,dia tak cakap terima kasih pun.Lepas tu ada hati nak berlagak"Ejek Syazriel lalu tersenyum sinis.Zuraifah mengecilkan matanya lalu mendekati Syazriel yang sedang menayang muka selamba dan...

"Adoi!!!Sakit la gila!"Jerit Syazriel kuat apabila kakinya dipijak oleh kaki kecil Zuraifah.

"Balasan dan tanda terima kasih."Zuraifah menjelirkan lidahnya dan berlalu meninggalkan Syazriel yang sedang berkerut menahan sakit itu."Jaga kau budak,aku dapat kau nanti,aku gayang kau cukup-cukup."Azam Syazriel lalu mengosok-gosok lembut kakinya.


~Bersambung..Hehe bersemangat pulak nak update.Sorry kalau sikit sangat atau membosankan :D.Eh? nak kritik? kritik la.Saya budak baru dalam penulisan ni jadi kalau ada salah tolong tegur dan saya minta maaf tau.Terima kasih :3.


Awak,Saya Yang Punya. ~ Bab 1


Bab 1...

        "Zuraifah!! Bertuah punya member!Aku suruh kau jaga baby Dina bukan buat dia nangis.Ish.Minah pendek ni la.Suka sangat buat darah aku naik.Mau masuk wad ICU sebab darah asyik naik je tak turun-turun."Bebel Aien yang baru sahaja balik itu sambil mendukung Iyan yang sedang menangis itu.

Zuraifah mendengar bebelan Zuraifah dengan acuh dan tak acuh.Dia kemudian mengangkat punggung lalu meninggalkan sahabatnya menuju ke dapur untuk menyediakan air.


Dila hanya mengelengkan kepalanya.Sahabatnya yang satu tu memang begitu.Cukup pantang kalau ada orang menyentuh barangnya.Baby Dina yang tadinya menangis kembali diam apabila kakaknya mengusap lembut kepalanya.


"Sayang,lain kali jangan sentuh barang kak Zu okay?.Kak Zu tak suka orang sentuh barang dia tanpa kebenaran.Sakir lagi ke kepala tu,hmm?"Tanya Aien lembut.Senyuman yang paling manis dihadiahkan kepada baby Dina.


"Sakit tau,kena ketuk dengan kak Zu.Nasib baik tak tumbuh 'gunung berapi' dekat kepala ni.Kalau tak,mesti Dina dah tak cun dah."Omel baby Dina perlahan sambil mengosok kepalanya.Baginya,dia lebih suka kak Aien dari kak Zu sebab kak Aien sentiasa bersikap lemah lembut dengannya manakala kak Zu pula hanya bersikap dinginnya.Dari dulu lagi macam tu.Sudah penat dia mencuba untuk menambat hati kak Zu tapi segala usahanya sia-sia.Dia mula putus asa.


Aien tersenyum sambil mengosok perlahan kepala baby Dina.Dia kemudian bangun untuk membersihkan diri.Kelibat Zuraifah yang sedang membawa sedulang air teh itu tidak dipedulikan.Baginya,Zuraifah harus diajar.



        "Aku tak nak dan aku tak akan.Kau faham tak Aien?Kau yang nak bela sangat budak tu kan? Sekarang kau jaga la dia elok-elok.Jangan pernah libatkan aku dengan budak tu.Aku tak suka!!Kau paham?!!." Suara  Zuraifah naik satu oktaf.Dia ada sebab tersendiri kenapa dia tidak menjaga adik kandungnya sendiri.Aien tidak tahu cerita yang sebenar sedap-sedap sahaja menyuruhnya buat itu  buat ini.Sedangkan yang nak bela sangat budak tu Aien bukan dia.!


"Siti Noor Zuraifah Husnaini binti Kasim Abdullah!!.Watch your words!.'Budak' yang kau kata aku bela tu,adik kandung kau.Darah daging kau bukan orang lain.!sejak bi..."


"Kau jangan nak mengajar aku,Aien! Aku tak berminat.Siapa yang nak nak bela sangat budak tu dulu? Aku ke kau? Aku dah kata biar makcik Bie yang jaga budak tu.Kau tak nak.Nak sangat tolong aku rapatkan hubungan aku dengan family aku sedangkan kau tau yang aku dengan family aku tak kan pernah berbaik.!!Kau.."


"Zuraifah Husnaini!!Kau bukan budak kecik yang baru umur enam tahun.Heh.Budak sekolah pun lebih pandai dari kau, kau tau?Harapkan je budak..."


"Aku memang bodoh.Tapi tak la sebodoh kau!Asyik nak menyusahkan diri sendiri.Unta pun tak sebodoh kau, kau tau? Jangan nak samakan aku dengan budak sekolah.Kau tak layak nak bandingkan aku dengan sesiapa.Kau tu..."


"You're so chidlish!!! Zuraifah awak tau tak dia tu adik awak?!!She needs you..Tak kan la benda simple tu pun sampai beruk kena ajar sekali.Aku rase kalau aku ajar dekat dodo bird pun,diaorang pun faham. Otak kau ni loading lama sangat ke?"


"Perangai aku memang macam budak-budak.Sekurang-kurangnya aku tak menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling.Kau nak aku bagitau kau berapa kali ha, baru kau nak dengar?Aku penat nak cakap pasal benda ni.Asal jumpa muka aku je. Gaduh pasal benda ni.Aku penat Aien.Tolongla berhenti.Aku tak akan pernah goyah..Aku.."Suara Zuraifah mula kendur tetapi percakapannya dipotong laju oleh Aien.


"Tak menyusahkan orang kau cakap?!!Kau tu banyak menyusahkan semua orang disekeliling kau,kau tau tak? Betul la kata mak kau.Sejak kau bunuh arwah Farish dulu,kau sekarang makin bawak sial.!! Menyesal aku kutip kau, kau tau!!."Jerit Aien bersama amarahnya yang semakin meninggi.Mukanya merah itu semakin merah apabila sahabatnya itu melawan cakapnya.Bukan sekali tetapi berkali-kali!.Dia juga manusia biasa.Kesabarannya juga ada hadnya.


Zuraifah tersentak.Dia terpegun seketika.Apabila teringat akan arwah abang kandungnya automatik badannya mengigil.Air mata turun tanpa dipinta.Dia memandang ke arah Aien yang nyata terkejut.Dia kemudian tersenyum hambar.Dia menarik sweater,tudung dan kunci kereta yang berada berdekatan dengannya lalu berlari keluar dari rumah itu.Jeritan Aien yang memanggil namanya tidak diendahkan.Dia menghidupkan enjin kereta lalu keluar dari rumah itu.


"Apa yang aku dah buat?Astaufirrullahal'azim.Aku tak sepatutnya cakap macam tu dekat Zuraifah.Aku ak sepatutnya mengingatkan dia tentang masa silamnya.Ya Allah,apa aku dah buat?"Tanya Aien bersama air mata yang bertakung.Lututnya terasa lemah.Dia kemudian terjatuh duduk.Dia menangis disitu sambil berdoa agar sahabatnya itu selamat.



          

           "Aku minta maaf Aien.Aku tak berniat nak buat kau marah, tapi janganla cakap macam tu dekat aku.Aku pun manusia macam kau jugak.Ada perasaan kau tau?!!"Marah Zuraifah sambil mengetuk steren keretanya.Dia kemudian menghentikan keretanya di taman yang berdekatan.Air mata yang makin galak turun dibiarkan sahaja membasah pipi gebunya.Dia kemudian duduk disatu bangku yang ada dibawah pokok yang redang.Keadaan disitu agak gelap jadi memudahkannya untuk melepaskan kesedihan yang bertandang dihatinya.

Syazriel bagaikan terdengar bunyi seseorang menangis.Dia mencari dari mana datangnya bunyi suara itu.Apabila tiba disuatu pokok yang besar,dia menghentikan langkahnya.Aik?tak kan pokok yang nangis kot?.


Syazriel berjalan beberapa tapak kedahadan dan disitu barulah dia tahu suara siapa yang menangis.Dia kemudian menghampiri wanita yang sedang memeluk lutut itu.Dengan perlahan dia menyentuh bahu wanita itu.dan tiba-tiba..


Pap..!


"Woi!! sakitla.Kau gila ke apa?Aku just nak tanya kau ok ke tak.Yang kau pergi ketuk kepala aku tu kenapa?"Marah Syazriel lalu menggosok dahinya yang baru sahaja diketuk oleh wanita itu.Dia mendengus perlahan.Ceh,kalau macam ni baik aku buat bodoh je tadi.Kuat jugak tangan minah ni erk?.


Zuraifah yang sedang berdiri dihadapannya itu tersenyum pahit.Dia kemudian mengesat sisa air matanya.Itu memang tindakkan refleksnya apabila ada orang yang menyetuhnya tanpa amaran."Sorry aku tak.."


"What?!! Kau minah pendek?Eh, Keciknya dunia.Boleh pulak aku jumpa kau kat sini eh?"Tanya Syazriel dalam nada yang sinis.


"Huh,malang betul nasib aku.Baru je habis gaduh dengan beruk betina dekat rumah sekarang datang pulak kingkong sesat perasan kuat ni.Apa punya nasib daa.."Keluh Zuraifah perlahan tetapi cukup kuat ditelinga Syazriel.pergh!Ayat minah ni.macam nak cari gaduh.


"Kingkong? Sehandsome dan macho aku ni?Kau gelar aku kingkong?!!"Tengking Syazriel sambil menjeling tajam ke arah Zuraifah yang sedang menunjukkan muka tak ambil kesah.

"Yeah.Kingkong.Kau tau sebab apa? sebab lubang hidung kau tu besar macam kingkong!.Ergh,kantoi kau selalu korek hidung time U dulu."Ujar Zuraifah dengan aksi geli-gelimannya.

"Huh,at least kingkong tinggi daripada kau?Minah pendek tak cukup pembesaran.Sedih betul.Umur dah dua puluh tahun tapi pendek macam budak umur sepuluh tahun."

Hey! siapa yang pendek ha?Aku tinggi okay!!"Marah Zuraifah sambil menghentak sebelah kakinya.Mukanya yang sudah sedia kelat semakin kelat.

"Eh.Tak nak ngaku pulak dia.Dah la tadi menangis macam budak-budak.Ish,ish,ish.Orang tak cukup memang macam ni kut perangai dia."Ejek Syazriel sambil mengelengkan kepalanya.Senyuman sinis dihadiahkan kepada wanita yang berada dihadapannya.

"Piraaah.Sekurang-kurangnya aku comel.Pendek-pendek aku pun hidung aku tak da la panjang macam hidung kau.Macam hidung squidward tentacles.Ha, tula rupa hidung kau.Kalau rupa lubang hidung kau lak.Macam hidung Mr. Bean versi kartun.Ha,sesuai sangat.!"Balas Zuraifah juga dalam nada yang sinis.Senyumannya semakin sinis apabila wajah Syazriel sudah bertukar lebih ketat.Dengan bantuan lampu yang ada,dia dapat melihat bahawa wajah Syazriel yang sememangnya putih itu bertukar warna.Warna kegemaran aku.Merah.

"Kau!Berani kau samakan hidung aku dengan Mr. Bean.!!Nak kena kau ni budak kecik!!." Jerit Syazriel lalu membuka langkah untuk mengejar Zuraifah yang sudah pun berlari meninggalkannya sambil ketawa berdekah-dekah.



~Bersambung.. ~(0.0~) (~0.0)~.Maafla kalau cerita ni tak best. tapi saya harap sangat-sangat yang awak sudi meng'omen' cerita yang entah apa2 ni.Terima kasih T_T.