Bab 4...
Lima tahun yang lalu....
"Keluar kau dari sini betina tak guna!! Aku tak nak kumpul anak haram dan pembunuh dalam rumah ni. Kau balik blah sebelum aku yang bunuh kau pulak."Tengkingan Datin Subaida memeranjatkan semua penghuni di rumah banglo tiga tingkat itu.Zuraifah hanya diam.Dia tidak terkejut dengan tengkingan ibunya itu kerana dia sudah lali.Kebahagiannya sudah pun mati bersama arwah abang yang telah dibunuh tujuh tahun yang lalu akibat kecuaiannya.Ibunya telah menderanya.Setiap hari dia akan dipukul,dicaci,dimaki dan dijadikan tempat melepaskan amarah.Ahli keluarganya yang lain juga tidak menghiraukannya.Semua melakukannya seolah-olah dia itu orang asing.Air matanya sudah kering.Baginya sinar kebahagiannya sudah mati terkubur bersama arwah abang Zarish.
Datin Subaida mendaki tangga dengan kasar. Pintu kamar anak perempuannya yang ketiga itu ditolak dengan kasar.Dia Menjeling ke arah Zuraifah yang hanya memandang kearahnya dengan pandangan yang kosong.Datin Subaida menghampiri Zuraifah lalu dia menarik kuat rambut anaknya itu.Zuraifah pula hanya diam.Dia tidak menangis,meraung atau meminta agar dilepaskan kerana dia tau,ibunya tak akan melepaskan dia dengan mudah.
"Kau pergi kemas baju kau dan berambus dari sini.! Aku tak nak tengok muka kau dekat sini lagi!! Kalau aku nampak kaki kau pijak walau sekuman pun rumah aku,aku akan pastikan yang kau dibakar.!! Kau faham tak?"Zuraifah hanya mengangguk.Datin Subaida mengheretnya menuju ke bilik pakaiannya.Pintu itu dibuka lalu dia ditolak masuk dengan kasar.
"Kau ambil semua pakaian dan barang-barang kau.Aku nak kau berambus hari ni jugak!!"Zuraifah patuh dengan arahan ibunya.Datin Subaida berlalu dari situ.Zuraifah mengambil beg pakaiannya lalu disumbatkan semua pakaian dan barang-barangnya.Setelah kerjanya selesai,dia menghampiri katilnya lalu dia membongkok untuk mengambil sesuatu yang berada dibawah katilnya.
Gambar dia dan arwah Zarish ketika dia masih lagi berumur enam tahun.abangnya itu mendukungnya manakala dia hanya tergelak manja.Gamba itu dilekapkan didada seolah-olah dia memeluk arwah abangnya sendiri.Air mata jatuh perlahan-lahan.Setelah enam tahun air matanya kering dan hari ini barulah ialah basah kembali.
"Abang...adik nak abang balik...Ya Allah pulangkanla abangku kembali Ya Allah.Aku tak kuat.Aku tak mampu menghadapi ujian ini Ya Allah..Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah.Ya Allah Kau berikanlah aku sedikit kekuatan Ya Allah."Zuraifah mengongoi seperti budak kecil sambil memeluk erat gambar itu.
"Bangun dik.Jangan mengalah.."Zuraifah bagaikan terdengar suara abangnya memberi dia kekuatan.Dia berdiri lalu mundar-mandir mencari dari datangnya suara itu.Zuraifah menjerit-jerit memanggil nama abangnya.Tiba-tiba dia jatuh terjelopok.Dengan perlahan-lahan dia merebahkan kepalanya ke lantai.Air matanya jatuh untuk kesekian kali.
"Kau fikir apa woi?Sampai menangis-nangis ni?"Pertanyaan Aien memecahkan lamunan Zuraifah.Zuraifah yang sedang baring sambil merenung siling biliknya itu bangun lalu duduk.Zuraifah memerhati Aien yang sedang menghampirinya dengan gerakkan yang perlahan.Muka Aien yang kelat itu dipandang kosong.Ni mesti kes pasal Dina.Keluh Zuraifah dalam hatinya.
"Apa lagi yang kau nak Aien?"Tanya Zuraifah kasar.Aien menjeling Zuraifah sekilas.Dia kemudian melabuhkan punggung di tepi Zuraifah.
"Aku nak kau pergi minta maaf dekat Dina sekarang juga.Jangan hanya sebab benda kecik tu pun kau nak boikot dia sekali."
"Maaf.Aku tak berminat.Kalau kau asyik datang jumpa aku hanya sebab nak cakap pasal Dina then lepas tu kita bergaduh,aku tak berminat.Baik kau blah sebelum aku naik angin."
"Zuraifah,tak pernah ke ada secubis kasih sayang untuk adik kau?Kau tak sayang ke kat adik kau?Dia dah berusaha macam-macam untuk buat kau pandang dia sebagai seorang adik....Bukan orang luar!!!" Suara Aien makin meninggi.Air mata yang ingin tumpah ditahannya dari tadi.Kecewa sungguh dengan sahabatnya yang satu ini.Keras kepala,ego,pentingkan diri!!
"Adik aku? Siapa?Aku mana ada adik.Kau salah orang la Aien.Keluarga aku dah lama Mam...."
Pang!...Satu tamparan hinggap dipipi kanan Zuraifah.Zuraifah hanya tersenyum sinis.Darah yang mengalir dari bibirnya dikesat dengan belakang tangannya.Dia memandang Aien yang sedang berdiri itu dengan pandangan yang kosong.
"Keluarga kau tak mampu lagi bodoh! Kau tu ada abang,ada kakak,dan adik.Masih lagi ada.Jangan ikut sesedap mulut cibai kau nak cakap keluarga kau dah arwah.Lagi sekali aku dengar,mahu aku bakar lidah kau tu."Kemarahan Aien disambut dengan ketawa kecil Zuraifah.Aien hanya memandang Zuraifah dengan pandangan yang kecewa,marah,terluka dan putus asa.Dia tidak larat lagi.Zuraifah benar-benar dah berubah.Zuraifah yang dulu sudah tiada lagi.Didepannya kini hanyalah Zuraifah yang baru.Ya,yang baru.
"Dah habis?Dah tak nak tampar aku lagi ke?Aien aku sayang kau sebagai kawan aku.Tapi maaf.Aku bukanla budak atau kuli macai sial kau.Aku Zuraifah.Aku manusia.Aku ego? Aku selfish? Aku keras kepala?Cuba kau tanya diri kau,siapa yang menyebabkan aku jadi macam ni?.."Zuraifah ketawa sinis.Dia menjeling Aien dengan jelingan mautnya.Dia kemudian berdiri sebelum menyudahkan kata-katanya."Keluarga aku la cibai!! Keluarga aku!! Kau fikir aku mintak? Kau fikir aku mintak untuk jadi macam ni?!! Kau fikir aku minta ke babi?hati aku merana,tertekan.Aku meraung,menangis.Aku meminta sedikit simpati dan kemaafan ketika aku didera dulu.Ada diaorang dengar?Ada diaorang peduli? Ada? Ada diaorang fikir apa yang aku rasa bila aku dilayan lebih hina dari anjing kurap? Ada? Aku tanya ni Aien Ada ke?!!"Tengkingan Zuraifah bergema dirumah teres itu.Aien menekup mulutnya sebelum jatuh terjelopok.Dia menangis kerana kasihan terhadap nasib sahabatnya.
Dina yang sedang makan itu tersentak.Kecut perutnya apabila terdengar tengkingan kakaknya.Dia kemudian berlari mendaki tangga untuk melihat apa yang terjadi.
"Aku dibesarkan dan digelar pembunuh Aien.Pembunuh!!Kau bayangkanlah masa aku berumur lapan tahun lagi gelaran tu dihadiahkan untuk aku dan sampai sekarang diaorang masih lagi gelar aku dengan gelaran tu Aien.Pernah diaorang fikir apa aku rasa? Aku dipukul ketika aku berumur sepuluh tahun.Aku diterajang,didera,dipukul,disepak,dimaki,dihamun ketika aku masih lagi mentah.Ada diaorang fikir apa aku rasa? Ada?Rambut aku ni ditarik-tariknya sampai diaorang puas.Aku meraung-raung minta dilepaskan,Aien.Diaorang buat bodoh ja malah diaorang tarik lagi kuat la bai!Sakit kau tau tak?!! Sakit! Aku rasa macam nak pecah ke kepala aku.Pernah sekali tu kan Aien,aku baru je balik dari sekolah,time tu hujan lebat gila kut.Guruh berbunyi sana sini.Berdentum-dentam sana sini.Pergh,takut gila kut aku time tu.Bila aku nak bukak pintu pagar kan.Tak boleh.Aku pun tekan la loceng rumah sebab nak suruh diaorang bukakkan pintu pagar.Tapi diaorang buat bodoh je.Aku dah melalak kat depan tu sebab tak tahan sejuk,diaorang boleh lagi buat bodoh.Haha.Kesian aku time tu kan?Hahahahahaha.."Zuraifah gelak sambil mengesat air matanya.
"Esoknya tu,aku demam panas.Tak ada orang pun jaga aku,aku yang jaga diri sendiri even bibik aku nak hantar ubat pun aunty Bie tak kasi.Ketika aku susah,sedih,senang atau gembira yang setia disisi aku itu hanyala abang farish.Dia satu-satunya keluarga aku.Bukan orang lain.Aku tak akan pernah terima sesiapapun melainkan dia.Jadi tolongla Aien,aku merayu sangat-sangat pada kau.Berhenti berharap agar hubungan aku sekeluarga kembali pulih.Aku tak mampu Aien,aku tak mampu.Aku yang dulu dah mati.Tolong terima kenyataan tu Aien."Ujar Zuraifah sebelum jatuh terjelopok sama dengan Dina yang dari tadi memasang telinga.Dia menangis ditepi pintu itu sambil memerhatikan mereka berdua.Aien menghampiri Zuraifah lalu memeluk erat sahabatnya itu.Zuraifah tidak membalas pelukan sahabatnya,dia hanya menangis dalam diam.Kepalanya berdenyut-denyut.Dia kemudian Mengusap belakang Aien untuk meredakan esakan Aien yang makin lama makin kuat.
Setelah tangisan Aien reda,dia kemudian menyuruh Aien tidur diatas katilnya.Dina yang dari tadi menangis itu tersentak apabila badannya tiba-tiba sahaja diangkat oleh Zuraifah.Dia kemudian diletakkan diatas katil bersebelahan dengan Aien.Air matanya dikesat lembut oleh Zuraifah.Zuraifah mengelus lembut pipinya sehingga dia terlena.Walaupun kakaknya tidak boleh menerima dia sepenuhnya,dia tetap bersyukur kerana kakaknya sangat mengambil berat tentang dirinya.Baginya itu sudah memadai.
~Bersambung.. Tara!.. bab ni memang x gempak en? :3 tau.. sorry eh, nanti anis try buat bab 5 best siket. Yeah!!*semangat tiba-tiba datang :3.

suka dengan citer...
ReplyDeletemengalir air mata bila baca macam mana keluarga dia layan dia...
kesian la..
hope dia temu kebahagian dia...
Amin.. mekasih kak sbb sudi komen :D
DeleteBEST SEDIH GILER.
ReplyDelete