.jpg)
Bab 1...
"Zuraifah!! Bertuah punya member!Aku suruh kau jaga baby Dina bukan buat dia nangis.Ish.Minah pendek ni la.Suka sangat buat darah aku naik.Mau masuk wad ICU sebab darah asyik naik je tak turun-turun."Bebel Aien yang baru sahaja balik itu sambil mendukung Iyan yang sedang menangis itu.
Zuraifah mendengar bebelan Zuraifah dengan acuh dan tak acuh.Dia kemudian mengangkat punggung lalu meninggalkan sahabatnya menuju ke dapur untuk menyediakan air.
Dila hanya mengelengkan kepalanya.Sahabatnya yang satu tu memang begitu.Cukup pantang kalau ada orang menyentuh barangnya.Baby Dina yang tadinya menangis kembali diam apabila kakaknya mengusap lembut kepalanya.
"Sayang,lain kali jangan sentuh barang kak Zu okay?.Kak Zu tak suka orang sentuh barang dia tanpa kebenaran.Sakir lagi ke kepala tu,hmm?"Tanya Aien lembut.Senyuman yang paling manis dihadiahkan kepada baby Dina.
"Sakit tau,kena ketuk dengan kak Zu.Nasib baik tak tumbuh 'gunung berapi' dekat kepala ni.Kalau tak,mesti Dina dah tak cun dah."Omel baby Dina perlahan sambil mengosok kepalanya.Baginya,dia lebih suka kak Aien dari kak Zu sebab kak Aien sentiasa bersikap lemah lembut dengannya manakala kak Zu pula hanya bersikap dinginnya.Dari dulu lagi macam tu.Sudah penat dia mencuba untuk menambat hati kak Zu tapi segala usahanya sia-sia.Dia mula putus asa.
Aien tersenyum sambil mengosok perlahan kepala baby Dina.Dia kemudian bangun untuk membersihkan diri.Kelibat Zuraifah yang sedang membawa sedulang air teh itu tidak dipedulikan.Baginya,Zuraifah harus diajar.
"Aku tak nak dan aku tak akan.Kau faham tak Aien?Kau yang nak bela sangat budak tu kan? Sekarang kau jaga la dia elok-elok.Jangan pernah libatkan aku dengan budak tu.Aku tak suka!!Kau paham?!!." Suara Zuraifah naik satu oktaf.Dia ada sebab tersendiri kenapa dia tidak menjaga adik kandungnya sendiri.Aien tidak tahu cerita yang sebenar sedap-sedap sahaja menyuruhnya buat itu buat ini.Sedangkan yang nak bela sangat budak tu Aien bukan dia.!
"Siti Noor Zuraifah Husnaini binti Kasim Abdullah!!.Watch your words!.'Budak' yang kau kata aku bela tu,adik kandung kau.Darah daging kau bukan orang lain.!sejak bi..."
"Kau jangan nak mengajar aku,Aien! Aku tak berminat.Siapa yang nak nak bela sangat budak tu dulu? Aku ke kau? Aku dah kata biar makcik Bie yang jaga budak tu.Kau tak nak.Nak sangat tolong aku rapatkan hubungan aku dengan family aku sedangkan kau tau yang aku dengan family aku tak kan pernah berbaik.!!Kau.."
"Zuraifah Husnaini!!Kau bukan budak kecik yang baru umur enam tahun.Heh.Budak sekolah pun lebih pandai dari kau, kau tau?Harapkan je budak..."
"Aku memang bodoh.Tapi tak la sebodoh kau!Asyik nak menyusahkan diri sendiri.Unta pun tak sebodoh kau, kau tau? Jangan nak samakan aku dengan budak sekolah.Kau tak layak nak bandingkan aku dengan sesiapa.Kau tu..."
"You're so chidlish!!! Zuraifah awak tau tak dia tu adik awak?!!She needs you..Tak kan la benda simple tu pun sampai beruk kena ajar sekali.Aku rase kalau aku ajar dekat dodo bird pun,diaorang pun faham. Otak kau ni loading lama sangat ke?"
"Perangai aku memang macam budak-budak.Sekurang-kurangnya aku tak menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling.Kau nak aku bagitau kau berapa kali ha, baru kau nak dengar?Aku penat nak cakap pasal benda ni.Asal jumpa muka aku je. Gaduh pasal benda ni.Aku penat Aien.Tolongla berhenti.Aku tak akan pernah goyah..Aku.."Suara Zuraifah mula kendur tetapi percakapannya dipotong laju oleh Aien.
"Tak menyusahkan orang kau cakap?!!Kau tu banyak menyusahkan semua orang disekeliling kau,kau tau tak? Betul la kata mak kau.Sejak kau bunuh arwah Farish dulu,kau sekarang makin bawak sial.!! Menyesal aku kutip kau, kau tau!!."Jerit Aien bersama amarahnya yang semakin meninggi.Mukanya merah itu semakin merah apabila sahabatnya itu melawan cakapnya.Bukan sekali tetapi berkali-kali!.Dia juga manusia biasa.Kesabarannya juga ada hadnya.
Zuraifah tersentak.Dia terpegun seketika.Apabila teringat akan arwah abang kandungnya automatik badannya mengigil.Air mata turun tanpa dipinta.Dia memandang ke arah Aien yang nyata terkejut.Dia kemudian tersenyum hambar.Dia menarik sweater,tudung dan kunci kereta yang berada berdekatan dengannya lalu berlari keluar dari rumah itu.Jeritan Aien yang memanggil namanya tidak diendahkan.Dia menghidupkan enjin kereta lalu keluar dari rumah itu.
"Apa yang aku dah buat?Astaufirrullahal'azim.Aku tak sepatutnya cakap macam tu dekat Zuraifah.Aku ak sepatutnya mengingatkan dia tentang masa silamnya.Ya Allah,apa aku dah buat?"Tanya Aien bersama air mata yang bertakung.Lututnya terasa lemah.Dia kemudian terjatuh duduk.Dia menangis disitu sambil berdoa agar sahabatnya itu selamat.
"Aku minta maaf Aien.Aku tak berniat nak buat kau marah, tapi janganla cakap macam tu dekat aku.Aku pun manusia macam kau jugak.Ada perasaan kau tau?!!"Marah Zuraifah sambil mengetuk steren keretanya.Dia kemudian menghentikan keretanya di taman yang berdekatan.Air mata yang makin galak turun dibiarkan sahaja membasah pipi gebunya.Dia kemudian duduk disatu bangku yang ada dibawah pokok yang redang.Keadaan disitu agak gelap jadi memudahkannya untuk melepaskan kesedihan yang bertandang dihatinya.
Syazriel bagaikan terdengar bunyi seseorang menangis.Dia mencari dari mana datangnya bunyi suara itu.Apabila tiba disuatu pokok yang besar,dia menghentikan langkahnya.Aik?tak kan pokok yang nangis kot?.
Syazriel berjalan beberapa tapak kedahadan dan disitu barulah dia tahu suara siapa yang menangis.Dia kemudian menghampiri wanita yang sedang memeluk lutut itu.Dengan perlahan dia menyentuh bahu wanita itu.dan tiba-tiba..
Pap..!
"Woi!! sakitla.Kau gila ke apa?Aku just nak tanya kau ok ke tak.Yang kau pergi ketuk kepala aku tu kenapa?"Marah Syazriel lalu menggosok dahinya yang baru sahaja diketuk oleh wanita itu.Dia mendengus perlahan.Ceh,kalau macam ni baik aku buat bodoh je tadi.Kuat jugak tangan minah ni erk?.
Zuraifah yang sedang berdiri dihadapannya itu tersenyum pahit.Dia kemudian mengesat sisa air matanya.Itu memang tindakkan refleksnya apabila ada orang yang menyetuhnya tanpa amaran."Sorry aku tak.."
"What?!! Kau minah pendek?Eh, Keciknya dunia.Boleh pulak aku jumpa kau kat sini eh?"Tanya Syazriel dalam nada yang sinis.
"Huh,malang betul nasib aku.Baru je habis gaduh dengan beruk betina dekat rumah sekarang datang pulak kingkong sesat perasan kuat ni.Apa punya nasib daa.."Keluh Zuraifah perlahan tetapi cukup kuat ditelinga Syazriel.pergh!Ayat minah ni.macam nak cari gaduh.
"Kingkong? Sehandsome dan macho aku ni?Kau gelar aku kingkong?!!"Tengking Syazriel sambil menjeling tajam ke arah Zuraifah yang sedang menunjukkan muka tak ambil kesah.
"Yeah.Kingkong.Kau tau sebab apa? sebab lubang hidung kau tu besar macam kingkong!.Ergh,kantoi kau selalu korek hidung time U dulu."Ujar Zuraifah dengan aksi geli-gelimannya.
"Huh,at least kingkong tinggi daripada kau?Minah pendek tak cukup pembesaran.Sedih betul.Umur dah dua puluh tahun tapi pendek macam budak umur sepuluh tahun."
Hey! siapa yang pendek ha?Aku tinggi okay!!"Marah Zuraifah sambil menghentak sebelah kakinya.Mukanya yang sudah sedia kelat semakin kelat.
"Eh.Tak nak ngaku pulak dia.Dah la tadi menangis macam budak-budak.Ish,ish,ish.Orang tak cukup memang macam ni kut perangai dia."Ejek Syazriel sambil mengelengkan kepalanya.Senyuman sinis dihadiahkan kepada wanita yang berada dihadapannya.
"Piraaah.Sekurang-kurangnya aku comel.Pendek-pendek aku pun hidung aku tak da la panjang macam hidung kau.Macam hidung squidward tentacles.Ha, tula rupa hidung kau.Kalau rupa lubang hidung kau lak.Macam hidung Mr. Bean versi kartun.Ha,sesuai sangat.!"Balas Zuraifah juga dalam nada yang sinis.Senyumannya semakin sinis apabila wajah Syazriel sudah bertukar lebih ketat.Dengan bantuan lampu yang ada,dia dapat melihat bahawa wajah Syazriel yang sememangnya putih itu bertukar warna.Warna kegemaran aku.Merah.
"Kau!Berani kau samakan hidung aku dengan Mr. Bean.!!Nak kena kau ni budak kecik!!." Jerit Syazriel lalu membuka langkah untuk mengejar Zuraifah yang sudah pun berlari meninggalkannya sambil ketawa berdekah-dekah.
~Bersambung.. ~(0.0~) (~0.0)~.Maafla kalau cerita ni tak best. tapi saya harap sangat-sangat yang awak sudi meng'omen' cerita yang entah apa2 ni.Terima kasih T_T.