Awak Saya Yang Punya ~Bab 3

Bab 3..

        Syazriel merenung teman buah hatinya dengan renungan yang tajam.Sakit hatinya apabila cintanya dipermainkan.Ternyata kesetiaannya telah dibalas dengan kecurangan.Madu yang diberinya telah dibalas dengan racun.Dulu,ketika ramai sahabatnya putus cinta,dia lah yang mentertawakan mereka.Kini,baru dia tahu sakitkannya putus cinta.Seandainya beginilah rasanya,dia lebih rela membujang sampai ke tua daripada merasa kesakitan cinta ni.

"Dear,tak malu ke cium lelaki depan boyfriend you?Hmm?"Tanya Syazriel dalam suara yang mendatar.Syima  yang tidak sedar akan kehadiran boyfriendnya itu,tersentak.Terpegun dia seketika.Wajahnya menjadi pucat.Kalau toreh pun,mesti darah dah tak keluar.

"Er..Hai sayang..You buat apa dekat sini?"Tanya Syima dalam nada yang ketakutan.Syazriel tersenyum sinis.

"I? I tengah buat apa? Kat sini? Oh,I tengah tengok buah hati I bercium dengan seseorang,Tudung entah kemana,Baju pulak macam minah miskin yang tak cukup kain.Any question?"Sindiran Syazriel tajam menusuk jantungnya.Bibirnya terketar-ketar bagaikan orang yang akan menjalan hukuman mati.Renungan tajam Syazriel itu menakutkan baginya.Walaupun nada Syazriel itu perlahan,dia tahu yang kemarahan buah hatinya itu akan meletus bila-bila masa sahaja.Mamat yang berada ditepinya itu hanya diam.

"Er..You..You...You marah ke?" Soalan bodoh yang keluar dari mulut Syima itu menaikkan lagu suhu kemarahannya.Muka yang memang sudah berwarna merah tanda dia menahan amarahnya itu bertukar lagi merah.Giginya diketap kuat.Ikutkan hati,ingin sahaja dia menghadiahkan wanita dihadapannya ini penampar sulung.Sakit hati tahu tak!!

"Marah?You boleh lagi tanya I, I marah ke tak?!! What the hell on earh are you thinking?Kalau you,I bercakap dengan adik perempuan I pun you dah maki-maki I.Inikan pula you!! Kau bercium entah dengan mamat mana.Lepas tu kau tanya aku,aku marah ke tak?Otak kau,kau letak dekat lutut ke dekat kaki?Apa bodoh sangat kau ni?Sakit hati ni...."Syazriel mengangkat tangannya lalu diletakkan didada kirinya."Sakit Syima.Kau perempuan yang mak aku sayang sangat.Kau perempuan yang aku percaya dan cinta sangat.Kenapa kau buat aku macam ni? Apa kau fikir aku ni tak da perasaan? Mana tudung labuh kau Syima? Mana pergi seorang perempuan yang pemalu dan terlalu jaga maruah dia tu? Mana,Syima.Mana!!!
Nasib baikla pertunangan kita tu tahun depan.Bolehlah aku batalkan awal-awal.Semoga kau bahagia dengan 'hidup' baru kau.Syima.Thanks a lot."Ujar Syazriel dalam nada yang penuh kekecewaan.Dia kemudian berlalu dari situ meninggalkan perempuan yang telah melukakan hatinya.Dia segera ke parking lot.Kereta Ferrari Spider dimasukinya.Setelah enjin berbunyi,dia membawa diri ke satu tempat.



          "Asal kau menangis?"Tanya Zuraifah lalu duduk berjauhan sedikit dari Syazriel.Dia membuka air tin teh bunga itu lalu dihulurkan kepada Syazriel yang sedang termenung panjang.Sudah tiga kali dia melihat lelaki ini menangis.Apabila hulurannya tidak disambut, dia meletakkan sahaja tin itu dihadapan lelaki itu.

"Sakitkan bila kita percaya orang tu,tapi orang tu mainkan kepercayaan kita?"Tanya Syazriel lebih kepada dirinya sendiri.Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja mengalir.Biarlah kesakitan yang dirasainya ini pergi bersama air matanya.Biarlah air matanya ini adalah air mata pertama dan terakhir dia menangis kerana sakitnya cinta.Zuraifah yang berada disebelahnya dibiarkan sepi.Mungkin orang akan berfikir bahawa dia ini lemah tetapi kenyataannya kerana dia terlalu cintalah dia terlalu kecewa.Benarlah kata orang 'Kalau bercinta jangan 'terlalu' cinta kerana bila cinta itu mempermainkan kita,kita akan merasa 'terlalu' kecewa.'

"Oh,orang putus cinta rupanya."Teka Zuraifah perlahan.Sapu tangan yang berada dipoket seluarnya ditarik keluar.Dia kemudian mendekati Syazriel lalu dengan perlahan-lahan dia mengesat air mata itu.Ya,tindakannya itu boleh dikatakan terlalu berani tetapi dia tidak sanggup untuk melihat air mata itu jatuh kerana seorang perempuan.Hatinya berasa sakit dan pedih sekali.

Syazriel yang tidak menjangka akan tindakan Zuraifah itu terkejut.Dia terpegun seketika.Tangan kecil yang sedang mengelap air matanya itu mendebarkan hatinya walaupun berlapik.Dia hanya diam dan membiarkan Zuraifah mengelap air matanya.

"Okay.Done!.Stop crying,big boy.Drink your water okay?"Pujuk Zuraifah lalu menghulurkan tin tersebut kepada Syazriel.Hulurannya dibiarkan sepi.Zuraifah mendengus.Hesy,degil mamat ni sorang.

"Syazriel,kau tau tak,air teh bunga ni boleh sejuk badan yang tengah panas.Mungkin kalau kau minum air ni,hati kau yang tengah mengelegak pun akan sejuk."Pujuk Zuraifah.Hulurannya disambut oleh Syazriel.Syazriel meneguk air itu dengan rakus sekali.Setelah habis diteguk,dia mengemikkan tin itu lalu dibaling ke hadapan.Zuraifah hanya berdiam dan berjongket bahu.

"Perempuan memang macam ni eh?"

"Apa maksud kau?"

"Tak pernah cukup dengan sorang laki nak lagisatu."Zuraifah terpegun seketika dengan ayat pedas Syazriel.Dia menarik nafasnya lalu dihembuskan perlahan.

"Tak."

"Habis kenapa dia mainkan aku?"

"Dah sebab kau bodoh la."Syazriel tersentak seketika.Dia memandang Zuraifah yang sedang menayang muka selamba badaknya.Kecil besar ja perempuan ni aku tengok.

"Asal aku bodoh pulak?"

"Aku dah bagitahu kau awal-awal dulu yang minah tonggek tu buat kau jadi macai dia ja.Kau tak nak percaya.Dengar sangat cakap minah tonggek tu.Ha,sekarang terima la padah kau."

"Minah tonggek? Syima bukan minah tonggek dia ada nama.Nama dia..."

"Syima Hazwani Sulaiman a.k.a minah sakai.Dah, tau." Potong  Zuraifah laju.Syazriel mengetap giginya.

"Kenapa kau benci sangat dekat Syima tu?Dia ganggu hidup kau ke?"

"Memang.Memang dia ganggu hidup aku."

"Dia ganggu kau apa?"

"Dia fitnah aku dekat kau."

"Yang pasal...Kau berak dalam seluar tu ke?Pfttt...."Syazriel menekap mulutnya.Zuraifah menumbuk bahu Syazriel kuat.Dia menjeling Syariel sekilas.

"Diam la kau." Marah Zuraifah lalu menumbuk bahu Syazriel kuat/Syazriel mengaduh sakit.

"Woi.Sakitlah."

"Kesah?"

"Nak kena kau ni pendek!!!" Jeritan Syazriel mengejutkan Zuraifah.Zuraifah yang sedang terpinga-pinga itu segera berdiri dan bersiap sedia berlari apabila dia melihat yang Syazriel bagaikan mahu menerkamnya.



~Bersambung :D. Sorry klau tak best,eh thnks follow.terharu sgt2 T-T. Don't forget to leave your comment okay? LOve you :*

No comments:

Post a Comment